iklan

iklan

Tuesday, February 9, 2010

Skuad HijauKuning .




MU - yeayea..( petika KOSMO ONLINE )

Ferguson yakin dengan kemampuan Ferdinand


Ferguson yakin dengankemampuan Ferdinand

FERDINAND dipilih menjadi kapten skuad England bagi menggantikan Terry.

MANCHESTER - Alex Ferguson yakin Manchester United akan mendapat manfaat daripada keputusan pengurus England, Fabio Capello melantik Rio Ferdinand sebagai kapten baru skuad kebangsaan negara itu.

Ketika ini, Ferdinand sudah melepasi dua per- lawanan daripada penggantungan empat permainan ketika United merampas tangga teratas Liga Perdana England selepas membelasah Portsmouth 5-0 malam kelmarin.

Pemain pertahanan United berusia 31 tahun itu menyaksikan perlawanan tersebut dari tempat duduk penonton hanya 24 jam selepas dia diumumkan Capello sebagai kapten baru England bagi menggantikan John Terry.

Ferguson berkata, beliau bangga dengan pemilihan tersebut dan berharap ia akan memberi- kan kesan positif kepada persembahan Ferdi- nand.

"Kami cukup berbangga dan ia sesuatu yang hebat buat United kerana salah seorang pemain kami menjadi kapten pasukan negara. Sebelum ini kita pernah ada Gary Neville, Bobby Charlton dan Bryan Robson," katanya.

Pengurus veteran itu turut gembira dengan corak permainan penuh berdisiplin pasukannya ketika membelasah skuad bimbingan Avram Grant meskipun terpaksa bersabar sehingga minit ke-40 sebelum membuka tirai jaringan menerusi Wayne Rooney.

"Kami menghadapi sedikit tekanan dan penguasaan bola tetapi mempunyai kesabaran yang tinggi.

"Portsmouth menyukarkan kami tetapi sele- pas dua jaringan pada penghujung babak pertama serta permainan terbuka babak kedua membolehkan kami beraksi dengan baik," jelas Ferguson.

Sementara itu, Grant menegaskan yang Portsmouth akan terus berjuang biarpun berkedudu- kan di tangga tercorot dengan 15 mata, tujuh mata dipisahkan daripada zon selamat. - AFP

Go Chelsea Go.. ( petikan dari akhbar Kosmo)



DROGBA akan mengetuai jentera serangan Chelsea awal pagi esok.

LONDON - Didier Drogba percaya Chelsea akan terus kekal selaku pendahulu Liga Perdana England selepas pertemuan menentang Everton awal pagi esok.

Tatkala Chelsea dijadual berdepan Everton di Goodison Park, pencabar terdekat The Blues, Manchester United pula akan menentang Aston Villa di Villa Park awal pagi esok.

Atas kertas, jika Chelsea seri di Goodison Park, sementara United meraih tiga mata penuh di Villa Park, ia bakal memusnahkan hajat The Blues untuk kekal selaku pendahulu.

"Tekanan pasti ada kerana ia adalah sebahagian daripada permainan ini.

"Disebabkan itu, kami sangat teruja menjelang perla- wanan penting (menentang Everton) seperti ini. Kami berjaya merampas kedudukan pendahulu liga daripada United dan pasti kelab itu akan terus memberi saingan kepada kami.

"Kami perlu mencatatkan kemenangan ke atas Everton jika mahu kekal sebagai pendahulu liga," jelas Drogba.

Ahad lalu, Drogba muncul wira Chelsea selepas meledak dua gol bagi membantu skuad The Blues menewaskan Arsenal 2-0 di Stamford Bridge.

Kemenangan tersebut membolehkan Chelsea merampas kembali kedudukan teratas liga daripada United dengan kelebihan dua mata.

Sehari sebelum kemenangan Chelsea ke atas Arsenal, United berjaya memimpin carta liga selepas membenam Portsmouth 5-0.

Sementara itu, pemain Everton, Leighton Baines menganggap kekalahan kepada Liverpool, Sabtu lalu boleh dijadikan motivasi kepada kelabnya untuk memburu kemenangan ke atas Chelsea.

"Kami akan menjadi lebih kuat jika beraksi di tempat sendiri.

"Dalam beberapa perlawanan ketika menentang Chelsea sebelum ini, kami telah bermain dengan baik sekali dan nyaris untuk menewaskan mereka.

"Jika kami dapat memperoleh sekurang-kurangnya satu mata, ia sudah boleh dikira bonus," kata Baines. - AFP